COVID-19 : Warga emas meninggal dunia, jumlah terkini 20 kes

0

Kes kematian ke-20 direkodkan dalam negara hari ini melibatkan warga emas lelaki berumur 76 tahun.

Melalui maklumat terkini yang dilaporkan ke CPRC Kebangsaan, kes kematian ke-20 ini merupakan kes ke-780 yang telah menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling.

Pesakit telah dirawat di Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai, Kelantan mulai 18 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 4.35 petang ini (25 Mac).

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke CPRC Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan satu (1)…

Dikirim oleh Noor Hisham Abdullah pada Rabu, 25 Maret 2020

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply