COVID-19 : Wanita Sarawak korban ke-124

0

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan satu kematian baru berhubung pandemik COVID-19 melibatkan wanita lingkungan 60-an.

Kes kematian ke-124 merupakan warganegara Malaysia dirawat di Hospital Umum, Sarawak.

Menurut rekod, pesakit mempunyai gejala demam dan batuk pada 3 Julai dan mendapat rawatan pada 9 Julai 2020.

Pesakit disahkan meninggal pagi tadi pada jam 12.04 pagi akibat keadaan pesakit semakin merosot dan tenat.

Pesakit kes ke-124 ini juga mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi, kencing manis dan hypercholesterolemia.

Dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan satu (1) lagi kes kematian berkaitan COVID-19. Kes kematian ke-124…

Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Minggu, 26 Juli 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply