Covid-19 : Tun Dr. Mahathir dikuarantin selepas berada dalam kontak dekat

0

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dikuarantin selepas berada dalam kontak dekat dengan Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii Lee Wuen yang disahkan positif COVID-19.

Menurut laporan Berita TV3, Tun Dr. Mahathir kini sedang dikuarantin di rumahnya.

Tun Dr. Mahathir berkata, langkah mengasingkan diri atau kuarantin amat penting bagi menangani penyebaran COVID-19.

“Kita mesti melakukan kuarantin sendiri di rumah selama 14 hari. Jika kita berbuat demikian, kita mengurangkan kemungkinan virus itu akan tersebar kepada orang lain,” kata Tun Dr Mahathir.

Tambahnya, beliau mengikuti langkah yang disaran kerajaan termasuk tidak bertemu sesiapa.

“Jadi, sekarang saya berada di rumah sahaja. Saya tidak boleh keluar dan saya tidak dapat bertemu dengan orang lain, saya tidak boleh berjabat tangan, dan yang lain,” kata Tun Dr Mahathir.

Leave a Reply