COVID-19 : Tujuh pulih, 15 kes baharu, satu kematian direkodkan hari ini

0

Daripada 96 kes semalam, hari ini meningkat 103 kes aktif pandemik COVID-19 dalam negara.

Penambahan terbabit susulan daripada 15 kes baharu yang direkodkan petang ini.

Pecahan jangkitan menunjukkan empat daripada kes import, manakala 11 kes dikenalpasti penularan tempatan yang melibatkan lapan warganegara dan tiga bukan warganegara.

Setakat 19 Julai, kadar kematian merekodkan sebanyak 1.40 peratus iaitu bersamaan 123 kes dengan penambahan satu kes kematian membabitkan warga emas berusia 72 tahun.

Selain itu, kes discaj pada hari ini lebih kurang sekali ganda daripada kes baharu iaitu sebanyak tujuh orang.

Terkini #covid19malaysia, 19 JulaiKes sembuh= 7 Jumlah kes sembuh= 8,553Kes positif= 15(kes import=4, kes…

Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Minggu, 19 Juli 2020

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply