COVID-19 : Tiga pulih, sembilan kes baharu

0

Sembilan kes baharu COVID-19 melibatkan tujuh kes import dan dua kes tempatan direkodkan hari ini.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 8,985 kes.

Jumlah pesakit discaj adalah seramai tiga orang dan menjadikan jumlah kes pesakit yang telah sembuh dan discaj ialah 8,647 kes.

Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 213 orang manakala yang berada di ICU adalah seramai dua orang dan satu orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Tiada kes kematian baharu dicatatkan pada hari ini dan menjadikan jumlah kes kematian setakat ini kekal dengan 125 kes.

Status Terkini COVID-19 Di Malaysia (1 Ogos 2020)

Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Sabtu, 01 Agustus 2020

Meskipun Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah berakhir dan digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), orang ramai haruslah mengekalkan langkah pencegahan COVID-19 sepertimana yang diamalkan sebelum ini.

#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply