COVID-19 : Tiga pulih, 26 kes baharu direkodkan hari ini

0

26 kes baharu positif COVID-19 membabitkan tiga kes import dan 23 kes tempatan direkodkan hari ini.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 9,175 kes.

Jumlah pesakit discaj adalah tiga orang dan menjadikan jumlah kes pesakit yang telah sembuh dan discaj ialah 8,831 kes.

Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 219 orang manakala enam orang berada di ICU dan seorang memerlukan bantuan alat pernafasan direkodkan hari ini.

Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan tiada kes kematian baharu dicatatkan pada hari ini dan menjadikan jumlah kes kematian setakat ini kekal dengan 125 kes.

Meskipun Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah berakhir dan digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), orang ramai haruslah mengekalkan langkah pencegahan COVID-19 sepertimana yang diamalkan sebelum ini.

#StayAtHome

#BreaktheChain

#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply