COVID-19 : Tiga kematian libatkan warga emas berpenyakit kronik

0

Setakat jam 5.30 petang (10 April 2020) terdapat tiga lagi penambahan kematian melibatkan dua orang lelaki dan seorang wanita.

Kematian yang ke 68 (kes 694) melibatkan seorang lelaki berusia 62 tahun, di Hospital Queen Elizabeth, Sabah dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan juga kontak rapat kepada kes- 159 (kluster Seri Petaling).

Bagi kes ke 69 (kes 4229) melibatkan seorang lelaki berusia 77 tahun, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur dan mempunyai belakang penyakit kencing manis.

Manakala bagi kes terakhir buat hari ini, kes ke 70 (kes 4230) melibatkan seorang wanita berusia 88 tahun, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya dan mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi, penyakit jantung, dementia dan juga berkontak rapat dengan kes ke 1684.

Ini menjadikan jumlah kes kematian setakat ini adalah seramai 70 orang.

#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply