Covid-19 : Thailand catat lebih 13,000 kes baru dalam tempoh 24 jam

0
Foto : Bangkok Post

 

Bangkok : Sebanyak 13,002 kes baru Covid-19 dan 108 kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam di Thailand.

Sebanyak 11,953 kes membabitkan masyarakat awam manakala, 1,049 dalam kalangan banduan.

Lapor Agensi, sejak 1 April lalu, jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 mencecah 410,614 dengan 277,030 sembuh sepenuhnya.

Manakala, sejak pandemik ini mula dikesan di Thailand awal tahun lalu, jumlah keseluruhan mencapai 439,477 kes dengan 3,610 kematian.

Rekod tertinggi pernah dicatatkan sebelum ini adalah pada Isnin dengan 11,784 kes dan 81 kematian.

Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), Apisamai Srirangson berkata, 108 kematian yang dicatatkan dalam tempoh 24 jam ini membabitkan mereka berusia 25 hingga 96 tahun dengan 68 peratus berusia lebih 60 tahun.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply