Covid-19 : Setiausaha Politik Tun Dr Mahathir sumbang 500 bungkus nasi berlauk dan minuman setiap hari kepada petugas barisan hadapan dan asnaf

0

Setiausaha Politik Tun Dr. Mahathir Mohamad menyumbang sebanyak 500 bungkus nasi berlauk buat petugas barisan hadapan yang bertugas, ibu tunggal dan golongan asnaf yang terputus pendapatan harian mereka.

Menurut Abu Bakar Yahya ketika dihubungi, ia adalah sumbangan peribadi beliau hasil pendapatan selama dua tahun sebagai Setiausaha Politik kepada Mantan Perdana Menteri 7, Tun Dr. Mahathir.

Tambahnya beliau menempah nasi-nasi bungkus dan minuman ini di restoran sempadan Jalan Kebun, Klang kemudian diagihkan buat makan tengahari bagi petugas barisan hadapan di Pusat Kesihatan Klang, Balai Polis Klang, Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, ibu tunggal, golongan asnaf di Banting dan Klang.

Memandangan Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 14 April ini, beliau berhasrat untuk mengagihkan makanan ini setiap hari hingga tamat tempoh PKP.

“Tiada gaji yg perlu saya korbankan utk sumbangan kpd mereka yg memerlukan. Tetapi saya ada sedikit wang simpanan semasa hampir dua tahun sebagai setiausaha politik PM7. Saya belanjakan lebih kurang Rm2.5k sehari selagi korintin covud-19 dilaksanakan.

“Sumbangan ini saya sedekah kpd arwah ibu dan ayah. Semoga Allah memberkati niat dan usaha saya ini”, tulisnya di facebook.

Lebih murni, ia dilakukan dengan niat sedekah untuk Allahyarham ayahanda dan Allahyarhamah bonda tercinta yang telah meninggal dunia 2 Mac lalu.

Alhamdulillah, semoga Allah SWT merahmati insan berjiwa murni ini. –THE MALAYA POST.

*SubscribeChannel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

#TunDrMahathirMohamadTheLegend.

Leave a Reply