COVID-19 : Satu kematian direkodkan hari ini

0

Mengikut statistik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) direkodkan satu kematian COVID-19 pada hari ini (15 April).

Ketua Pengarah Kesihatan, Dato’ Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan pesakit merupakan lelaki berusia 69 tahun yang di rawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Kes ke-83 ini disahkan positif jangkitan COVID-19 pada 21 Mac serta mempunyai rekod penyakit kencing manis dan darah tinggi.

Menurut laporan terbaharu, pesakit yang dikenalpasti warganegara Malaysia ini meninggal dunia pada hari ini pada jam 6.41 pagi.

Kes Kematian Baharu #COVID19Malaysia setakat 5 Petang, 15 April 2020 adalah seorang.Ini menjadikan jumlah kematian…

Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Rabu, 15 April 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply