COVID-19 : Proses sanitasi di ibu pejabat, SSM mohon pelanggan guna kemudahan talian secara online

0

Kerja-kerja nyahkuman atau sanitasi akan dilakukan secara menyeluruh di Ibu Pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Ahad ini.

SSM memaklumkan kepada pelanggan, pelawat serta orang berkepentingan agar tidak membuat lawatan ke Menara SSM Sentral No 7, Jalan Stesen Sentral 5, Kuala Lumpur Sentral bermula 12 hingga 13 Mac 2020.

Tindakan ini diambil rentetan sebagai langkah pencengahan dan kesediaan terhadap wabak COVID-19.

Berhubung isu ini, orang ramai digalakkan menggunakan kemudahan alternatif atas talian yang disediakan seperti di bawah.

1) Pendaftaran Perniagaan : https://ezbiz.ssm.com.my/?0

2) Pendaftaran Syarikat : https://mycoid2016.ssm.com.my/

3) Perkongsian Liabiliti Terhad : https://www.myllp.com.my/

Untuk sebarang pertanyaan, anda juga boleh berhubung terus ke Pusat Panggilan SSM di talian 03 7721 4000 atau emel ke enquiry@ssm.com.my.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply