COVID-19 : Pertambahan tertinggi harian 235, keseluruhan 2,031

0

Melalui info terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sehingga jam 5.00 petang ini (26 Mac) kes COVID-19 di Malaysia bertambah sebanyak 235 dengan jumlah kematian keseluruhan 23 orang.

Rekod 235 kes baharu hari ini merupakan kes harian tertinggi dicatat dan menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 2,031 daripada 1,796 semalam.

Seramai 215 pesakit di negara berjaya sembuh dan dibenarkan keluar hospital termasuk 16 pesakit setakat jam 12.00 tengah hari tadi.

Manakala, pesakit yang memerlukan bantuan penafasan di ICU direkod dua penurunan dari 34 kepada 32 daripada 45 jumlah keseluruhan dirawat.

Ringkasan penularan jangkitan #COVID19 di Malaysia setakat 5pm, 26 Mac 2020.

Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Kamis, 26 Maret 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply