COVID-19 : Pertambahan dua kes kematian dalam negara, jumlah terkini 19 kes

0

Kementerian Kesihatan Malaysia mengumumkan dua lagi kes kematian dalam negara hari ini.

 

Foto ihsan KKM

Kes kematian ke-18 merupakan kes ke-1625 melibatkan lelaki warganegara Malaysia berumur 56 tahun.

Pesakit mempunyai latar belakang penyakit kronik dan dirawat di Hospital Sultan Ismail, Johor pada 20 Mac.

Pesakit disahkan meninggal dunia pada 23 Mac, jam 2.00 pagi.

Kes kematian ke-19 pula merupakan kes ke-1246 melibatkan perempuan warganegara Malaysia berumur 68 tahun.

Foto ihsan KKM

Pesakit telah dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail, Johor pada 19 Mac.

Kesihatan pesakit merosot dan telah diberi bantuan pernafasan di ICU dan kemudiannya disahkan meninggal dunia pada hari ini (25 Mac), jam 12.53 pagi.

Al-Fatihah.

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply