COVID-19 : Masih kekal dengan empat angka, 1,168 kes baharu direkodkan

0

Sebanyak 1,168 kes baharu positif COVID-19 direkodkan hari ini membabitkan kes tempatan.

Dengan jumlah baharu ini, keseluruhan kes positif di Malaysia bertambah sebanyak 39,357 kes.

Jumlah pesakit discaj adalah 1,029 orang dan ini menjadikan jumlah pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 27,409 kes.

Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 11,666 orang manakala 87 pesakit berada di ICU dan 32 daripadanya dilaporkan memerlukan bantuan alat pernafasan.

Dilaporkan tiga kematian baharu dicatatkan pada hari ini dan menjadikan jumlah kes kematian meningkat kepada 282 kes.

Berikutan arahan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang akan berkuatkuasa di Semenanjung Malaysia kecuali Pahang, Perlis dan Kelantan bermula 9 November sehingga 6 Disember depan.

Orang ramai dinasihatkan agar mematuhi arahan yang telah digariskan. Ini adalah usaha untuk mengekang seterusnya memutuskan rantaian Covid 19.

#StayAtHome

#BreaktheChain

#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply