Covid-19 : Malaysia terima 2 juta dos vaksin dari Jepun dan Amerika Syarikat

0

Selepas Brunei, Malaysia dijadualkan menerima dua juta dos vaksin Pfizer dan AstraZeneca yang disumbang kerajaan Jepun dan Amerika Syarikat (AS) pada esok dan lusa.

Menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, sebanyak satu juta dos vaksin AstraZeneca daripada kerajaan Jepun akan tiba esok.

Manakala satu juta dos vaksin keluaran Pfizer sumbangan kerajaan Amerika Syarikat akan tiba pada Jumaat.

Katanya, Malaysia amat mengalu-alukan dan menghargai sumbangan vaksin dari kedua-dua negara, yang melambangkan keprihatinan kerajaan Jepun dan AS terhadap negara ini.

“Ia juga menunjukkan kepercayaan mereka kepada negara kita dalam usaha memerangi wabak COVID-19, dan menyokong program imunisasi global bagi membendung penularan wabak ini.

“Bekalan vaksin ini dapat memperhebatkan lagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dan membantu Malaysia mencapai nilai ambang digariskan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Semua vaksin diperoleh ini akan diedar segera ke fasiliti dan pusat simpanan vaksin di seluruh negara untuk kegunaan PICK dalam masa terdekat,” katanya pada sidang media mingguan secara maya, hari ini. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply