COVID-19 : Lima pulih, sembilan kes baharu

0

Sembilan kes baharu positif COVID-19 pada hari ini melibatkan empat kes import dan lima kes tempatan.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 8,764 kes.

Jumlah pesakit discaj adalah seramai lima orang dan menjadikan jumlah kes pesakit yang telah sembuh dan discaj ialah 8,546 kes.

Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 96 orang manakala seorang pesakit berada di ICU dan tiada kes yang memerlukan bantuan alat pernafasan direkodkan.

Tiada kes kematian baharu dicatatkan pada hari ini dan menjadikan jumlah kes kematian setakat ini kekal dengan 122 kes.

Status Terkini COVID-19 di Malaysia (18 Julai 2020)

Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Sabtu, 18 Juli 2020

Meskipun Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah berakhir dan digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), orang ramai harus mengekalkan langkah pencegahan COVID-19 sepertimana yang diamalkan sebelum ini.

#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply