COVID-19 : Lima pulih, lapan kes baharu direkodkan hari ini

0

Lapan kes baharu melibatkan melibatkan tiga kes import dan lima kes tempatan direkodkan hari ini.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 8,964 kes.

Jumlah pesakit discaj adalah seramai lima orang dan menjadikan jumlah kes pesakit yang telah sembuh dan discaj ialah 8,617 kes.

Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 223 orang manakala yang berada di ICU adalah seramai 3 orang dan satu orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Tiada kematian baharu dicatatkan pada hari ini dan menjadikan jumlah kes kematian setakat ini kekal dengan 124 kes.

Sidang media oleh YBhg. Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia berkenaan perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia

Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Kamis, 30 Juli 2020

Meskipun Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah berakhir dan digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), orang ramai haruslah mengekalkan langkah pencegahan COVID-19 sepertimana yang diamalkan sebelum ini.

#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply