COVID-19 : Lima pulih, enam kes baharu direkodkan

0

Enam kes positif baharu COVID-19 direkodkan melibatkan empat kes import dan dua kes tempatan hari ini.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 8,674 kes.

Jumlah pesakit discaj adalah seramai lima orang dan menjadikan jumlah kes pesakit yang telah sembuh dan discaj 8,481 kes.

Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 72 orang manakala yang berada di ICU adalah seramai 2 orang dan direkodkan kedua-dua kes memerlukan bantuan alat pernafasan.

Tiada kes kematian baharu dicatatkan pada hari ini dan menjadikan jumlah kes kematian setakat ini kekal dengan 121 kes.

PERINCIAN (6 KES)KL – (2 KES)1 kes import balik dari Indonesia. 1 kes saringan tempat kerja. SELANGOR (3 KES)2…

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Tuesday, 7 July 2020

Meskipun Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah berakhir dan digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), orang ramai harus mengekalkan langkah pencegahan COVID-19 sepertimana yang diamalkan sebelum ini.

#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply