COVID-19 : KKM akan terus perkukuh aktiviti siasiaga dan respon penularan wabak coronavirus

0

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dato’ Dr. Noor Hisham Abdullah menjelaskan situasi terkini serta pengesanan kes baharu ke 22 dan juga kapasiti IMR bagi mengesan COVID-19 telah dikeluarkan.

Menurut beliau, kes ke 22 ini melibatkan seorang wanita warganegara Amerika Syarikat, berumur 83 tahun.

Wanita tersebut merupakan salah seorang penumpang yang telah berlabuh di Kemboja pada 13 Februari dan telah dimaklumkan bahawa saringan kesihatan akan dijalankan setelah dibenarkan pulang.

Seramai 145 penumpang termasuk anak kapal telah mengambil penerbangan ke Malaysia pada 14 Februari dan pasangan tersebut telah dikesan bergejala sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi pemeriksaan lanjut.

Hasil ujian saringan pengesanan yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Perubatan Malaysia (IMR) pada 15 Februari telah mengesahkan wanita terbabit positif COVID-19 manakala suaminya negatif dari gejala itu.

Makmal IMR merupakan makmal rujukan yang dikenalpasti oleh pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan juga merupakan makmal pertama yang terlibat secara langsung dalam menjalankan ujian diagnostik COVID-19.

Sejak 3 Januari lalu, ia telah memulakan persediaan menghadapi sebagai kemungkinan penularan COVID-19 ke Malaysia dimana reagen untuk mengesan coronavirus dengan menggunakan kaedah Conventional RT-PCR.

Seterusnya pada 11 Januari, ahli saintis dari China berkongsi maklumat genetik COVID-19, dan Unit Virologi IMR telah merekacipta urutan reagen yang dikenali ‘primers dan probes spesific for COVID-19″ pada hari yang sama.

Protokol yang digunakam oleh IMR selari dengan protokol real time RT-PCR COVID-19 iaitu mengikut Corman et al.,2020.

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan terus memperkukuhkan aktiviti siapsiaga serta respon untuk penularan wabak ini dan akan terus memantau perkembangan jangkitan melalui maklumat yang diperolehi.

Orang ramai juga akan turut dimaklumkan mengenai sebarang perkembangan terkini bagi memastikan langkah pencegahan dan kawalan dapat dilaksanakan secara berterusan.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel
Untuk perkembangan berita dan isu semasa
tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply