COVID-19 : Kes kematian ke-67 libatkan pesakit paling muda

0

Terdapat dua penambahan kes kematian baharu direkodkan hari ini.

Kes kematian ke-66 iaitu lelaki berumur 59 tahun mempunyai penyakit autoimun dan beberapa penyakit kronik lain.

Pesakit disahkan menghidap jangkitan COVID-19 selepas menghadiri perhimpunan di Seri Petaling.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan pesakit meninggal dunia pada jam 5.00 pagi hari ini di Hospital Melaka.

Kematian kedua pula melibatkan seorang perempuan berusia 23 tahun warganegara Malaysia.

Kes ke-67 adalah merupakan pesakit paling muda setakat ini yang disahkan meninggal akibat virus COVID-19.

Pesakit dirawat di Hospital Umum, Sarawak dilaporkan mempunyai sejarah kesihatan penyakit tiroid dan merupakan kontak rapat kepada kes ke-2,469 dan 2,470.

Kes Kematian Baharu #COVID19Malaysia setakat 5 Petang, 09 April 2020 adalah seramai 2 orang.Ini menjadikan jumlah kes kematian setakat ini adalah seramai 67 orang.#StayAtHome#BreaktheChain#KitaMestiMenang

Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Kamis, 09 April 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply