COVID-19 : Kes kematian ke-25 dan 26 dalam negara

0

Negara catat dua kematian lagi hari ini iaitu kes kematian yang ke-25 dan ke-26.

Kes ke-25 melibatkan lelaki warganegara Malaysia berumur 83 tahun mempunyai latar belakang penyakit kronik.

Pesakit disahkan meninggal pada jam 6.55 petang sehari selepas dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun pada 25 Mac.

Kes kematian ke-26 lelaki tempatan 53 tahun merupakan kontak rapat kepada kes positif kes ke 1,309.

Pesakit dirawat di Hospital Sg Buloh pada 22 Mac dan disahkan meninggal dunia hari ini jam 10.30 pagi.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa sebahagian besar kes kematian COVID-19 adalah terdiri dari golongan berusia dan mempunyai sejarah penyakit kronik.

Kes kematian ke-24 (kes ke-1,056), seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 35 tahun dan mempunyai sejarah perjalanan…

Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Jumat, 27 Maret 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply