COVID-19 : Kes harian terus meningkat! 3,631 kes baharu, 14 kematian direkodkan

0

Laporan terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencatatkan 3,631 kes baharu membabitkan 3,624 kes tempatan dan tujuh kes import.

Catatan kes baharu ini menjadikan jumlah keseluruhan positif dalam negara terus meningkat kepada 165,371 kes.

Jumlah pesakit discaj pula direkodkan seramai 2,944 orang dan ini menjadikan jumlah pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 125,288 kes (75.8%).

Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 39,464 orang (23.9%) manakala 238 pesakit berada di ICU dan 96 daripadanya dilaporkan memerlukan bantuan alat pernafasan.

Dukacita direkodkan 14 kematian
hari ini sekaligus menjadikan jumlah kes kematian meningkat kepada 619 kes (0.4%). Takziah buat ahli keluarga mangsa.

Orang awam dinasihatkan agar terus mematuhi arahan PKP yang terkini.

Terus amalkan penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka serta jaga kebersihan dan kesihatan diri. Kita boleh lakukannya!

#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

Leave a Reply