COVID-19 : Kes harian semakin menurun, 1,063 kes baharu direkodkan hari ini

0

Laporan terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencatatkan 1,063 kes baharu menjadikan kes kumulatif meningkat kepada 326,034 kes.

Catatan baharu ini membabitkan 1,059 kes tempatan dan empat kes import.

Jumlah pesakit discaj pula seramai 1,365 orang dan ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 309,612 kes (94.96%).

Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 15,204 orang (4.67%) manakala 152 pesakit berada di ICU dan 68 daripadanya dilaporkan memerlukan bantuan alat pernafasan.

Lima kematian direkodkan hari ini menjadikan jumlah kes kematian meningkat kepada 1,218 kes (0.37%).

Orang awam dinasihatkan agar mematuhi arahan PKP yang terkini.

Terus amalkan penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka serta jaga kebersihan dan kesihatan diri. Kita boleh lakukannya!

#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply