COVID-19 : Kematian kesembilan melibatkan doktor perubatan

0

Bertambah lagi satu lagi kes kematian baru berkaitan COVID-19 telah dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan.

Menurut satu kenyataan media Kementerian Kesihatan Malaysia, laporan terbaharu ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia sebanyak sembilan setakat tengah hari ini.

Dukacita dimaklumkan sehingga kini, terdapat pertambahan satu (1) lagi kes kematian baru berkaitan COVID-19 telah…

Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Sabtu, 21 Maret 2020

Kes kematian kesembilan adalah merupakan kes kematian pertama di kalangan kakitangan kesihatan yang melibatkan seorang lelaki warganegara Malaysia (kes ke-890) berusia 48 tahun yang merupakan seorang doktor perubatan KKM dan mempunyai sejarah perjalanan ke negara Turki.

Beliau telah dimasukkan ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar pada 17 Mac 2020 setelah mengalami simptom Severe Acute Respiratory Infection dan telah disahkan positif COVID-19 pada 18 Mac dan diberikan bantuan alatan pernafasan sejak 19 Mac setelah keadaan kesihatan beliau merudum.

Beliau disahkan meninggal dunia pada jam 10.33 pagi hari ini.

Kes jangkitan COVID-19 ini disyaki bukan dari kalangan barisan hadapan (frontliners) mahupun daripada kalangan rakan kerja (working colleague) yang berhadapan dengan pesakit COVID-19 namun ianya adalah berkait dengan sejarah perjalanan ke luar negara.

– THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply