COVID-19 : Gelombang kedua melanda negara

0

Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, gelombang pertama jangkitan COVID-19 di Malaysia merangkumi 22 kes telah sihat dan discaj.

Gelombang kedua jangkitan yang bermula pada 27 Februari hingga 4 Mac terdapat 28 kes positif dilaporkan iaitu kes ke-23 sehingga kes ke-50.

Pada 27 Februari, KKM mencatat satu kes positif COVID-19 dan 28 Februari sebanyak dua kes dikesan.

Jangkitan mula meningkat kepada 7 kes pada 3 Mac dan terbaru terdapat penambahan 14 kes sejak semalam, 4 Mac 2020.

Sebahagian besar kes ini adalah kontak rapat dan berkait dengan satu kes kluster iaitu kes ke-26.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply