COVID-19 : Enam pulih, 39 kes baharu

0

39 kes baharu COVID-19 melibatkan 11 kes import dan 28 kes tempatan direkodkan hari ini.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 8,943 kes.

Jumlah pesakit discaj adalah seramai enam orang dan menjadikan jumlah kes pesakit yang telah sembuh dan discaj ialah 8,607 kes.

Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 212 orang manakala yang berada di ICU adalah seramai satu orang sahaja yang mana memerlukan bantuan alat pernafasan.

Tiada kematian baharu dicatatkan pada hari ini dan menjadikan jumlah kes kematian setakat ini kekal dengan 124 kes.

Perkembangan COVID-19 Di Malaysia

Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Selasa, 28 Juli 2020

Meskipun Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah berakhir dan digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), orang ramai haruslah mengekalkan langkah pencegahan COVID-19 sepertimana yang diamalkan sebelum ini.

#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply