COVID-19 : Empat pesakit telah sembuh, dibenarkan pulang

0

Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Wan Azizah Dr Wan Ismail dalam satu kenyataan berkata, empat individu yang dijangkiti COVID-19 di Malaysia telah dibenarkan pulang semalam, Jumaat.

Ini telah menjadikan jumlah kes COVID-19 yang telah sembuh dan dicaj dari hospital adalah sebanyak tujuh daripada 19 individu yang telah dijangkiti.

Keempat-empat yang disahkan sembuh sepenuhnya itu dibenarkan pulang setelah hasil menjalani ujian pengesanan ulangan COVID-19 didapati negatif dua kali berturut-turut.

Pesakit yang dicaj dari hospital Sungai Buloh, Selangor itu terdiri daripada dua lelaki yang berusia 2 tahun dan 11 tahun serta dua perempuan masing-masing berusia 36 dan 65 tahun.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply