COVID-19 : Dua kes baharu libatkan warga China

0

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan terdapat dua lagi kes baharu positif COVID-19 di negara ini.

Tambahan kes pertama (kes-20) adalah merupakan seorang ahli perniagaan, lelaki warga China, berumur 27 tahun.

Individu terbabit dikesan ketika saringan di pintu masuk negara di Bkt Kayu Hitam.

Ahli perniagaan itu kini dirawat di wad isolasi Hospital Sultanah Bahiyah.

Manakala kes ke tambahan kedua ( kes-21) merupakan wanita berumur 32 tahun warga China tetapi telah menetap di negara ini.

Namun individu berkenaan telah pergi ke China bagi melawat keluarga pada 22 Jan dan pulang pada 30 Jan lalu.

Menurut KKM, satu kenyataan akhbar berhubung perkara tersebut akan menyusul.

Dengan pengesahan yang dibuat menjadikan 21 kes terkumpul setakat ini.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel
Untuk perkembangan berita dan isu semasa
tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply