COVID-19 : Dua kematian libatkan warga emas sakit kronik

0

Mengikut statistik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dilaporkan dua kematian COVID-19 dalam negara pada hari ini (3 Mei).

Ketua Pengarah Kesihatan, Dato’ Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan pesakit kes ke-104 merupakan warga emas berusia 82 tahun yang di rawat di Hospital Sungai Buloh.

Pesakit disahkan positif jangkitan COVID-19 pada 22 April 2020 serta mempunyai rekod penyakit darah tinggi dan penyakit jantung.

Pesakit yang dikenalpasti warganegara Malaysia ini telah meninggal dunia semalam iaitu bersamaan 2 Mei 2020 pada jam 6.29 petang.

Kes ke-105 juga terdiri daripada golongan warga emas dalam lingkungan 60-an didapati bergejala pada 27 April dan mendapat rawatan di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban.

Pesakit mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan buah pinggang disahkan meninggal hari ini jam 9.46 pagi tadi.

Kes Kematian Baharu #COVID19Malaysia setakat 4 Petang, 03 Mei 2020 adalah 2 kes.Ini menjadikan jumlah kes kematian…

Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Minggu, 03 Mei 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply