COVID-19 dijangka berakhir awal 2022

0

Pandemik COVID-19 diramal akan berakhir pada awal tahun 2022.

Demikian memetik kata-kata Pengarah Serantau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Eropah, Hans Kluge menerusi laporan Bernama.

Namun, beliau turut mengingatkan tiada sesiapa yang dapat mengetahui keadaan pandemik COVID-19 pada masa depan.

“COVID-19 masih merebak pada 2021, namun ia akan lebih terkawal berbanding tahun lalu,” katanya kepada saluran penyiaran Denmark, DR Ahad lalu.

Menyifatkan situasi terburuk bakal berakhir, Kluge berpendapat lebih banyak maklumat mengenai virus ini telah diperolehi berbanding tahun 2020, iaitu ketika peringkat awal penularan.

“Virus ini akan terus wujud, tapi saya berpendapat ia tidak lagi memerlukan sekatan. Ini adalah mesej yang optimis,” katanya.

Kluge berkata, mutasi adalah perkara biasa, namun yang menjadi kebimbangan ialah penularan mutasi yang pantas.

Oleh itu, menurutnya, WHO memantau rapat keberkesanan vaksin COVID-19 yang dicipta untuk melawan jenis virus yang pantas merebak itu. Jika perlu, vaksin akan diolah berdasarkan mutasi baharu tanpa perlu mengulangi proses dari mula.

Beliau turut menjelaskan bahawa mutasi tidak akan menjadikan virus itu tidak terkawal, namun ia akan memberi lebih tekanan kepada negara-negara yang sistem penjagaan kesihatannya sudah di tahap sukar.

“Masalah terbesar akan muncul apabila mereka yang sudah divaksin berada di kelompok sama dengan golongan tidak divaksin.

“Oleh kerana itu faktor penjadualan memainkan peranan sangat penting,” katanya.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply