COVID-19 di Malaysia masih terkawal dan berada tahap pembendungan awal

0

Menteri Kesihatan, Dato’ Seri Dr Dzulkefly Ahmad menyatakan situasi terkini jangkitan COVID-19 (nama rasmi bagi coronavirus) dalam negara masih lagi terkawal dan berada tahap pembendungan awal.

“Pengarah Rantau Pasifik Barat, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr takeshi kasai mengeluarkan kenyataan menasihati kerajaan malaysia untuk bersiap sedia bagi menghadapi kemungkinan berlakunya penyebaran wabak yang lebih luas.

“Kenyataan yang dikeluarkannya mungkin akan menyebabkan berlakunya kebimbangan dalam kalangan rakyat malaysia namun pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menghargai kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak WHO dan berpandangan ianya adalah satu nasihat kesiapsiagaan kepada Malaysia dalam mengharungi wabak COVID-19.

“Berdasarkan penilaian KKM, situasi terkini jangkitan COVID-19 adalah terkawal dan masih berada pada tahap pembendungan awal (Early Containment),” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, pihak KKM juga telah bersedia dan sentiasa berusaha memperkukuhkan kesiapsiagaan bagi menghadapi fasa seterusnya iaitu Tahap Pembendungan Akhir (Late Containment) dan Tahap Mitigasi (Mitigation).

Tambahnya, setakat ini situasi jangkitan COVID-19 masih lagi ditangani bersama oleh KKM dan juga AgensiPengurusan Bencana Negara (NADMA) yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Wan Azizah Dr Wan Ismail.

–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply