COVID-19 : Arab Saudi gantung sementara kemasukan jemaah

0

Pihak berkuasa Arab Saudi telah mengesahkan secara rasmi berkenaan keputusan untuk menggantung sementara kemasukan warganegara asing bagi tujuan umrah, ziarah ke Masjid Nabawi dan pelancongan berkuatkuasa pada 27 Februari 2020.

Ia bertujuan untuk mencegah, mengawal dan menghapuskan penularan wabak COVID-19.

Malaysia adalah salah sebuah negara yang perlu mematuhi penggantungan ini namun Kerajaan Arab Saudi menegaskan bahawa langkah ini adalah bersifat sementara dan tertakluk kepada penilaian berterusan oleh pihak berkuasa negara berkenaan.

Kementerian Luar Negeri Malaysia dengan ini menasihatkan rakyat supaya menangguhkan sementara perjalanan ke Arab Saudi bagi tujuan umrah, ziarah dan juga pelancongan.

Rakyat Malaysia di Arab Saudi yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh dan Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply