COVID-19: Antara kebajikan rakyat dan pelarian, yang mana lebih utama?

0

Sejumlah 200,000 pelarian Rohingya dicatatkan berada di Malaysia setakat ini.

Pendedahan itu dinyatakan President of Myanmar Ethnic Rohingya Human Rights Organization Malaysia, Zafar Ahmad Abdul Ghani (MERHROM) dalam satu video terbarunya.

Jika benar bak dikata angka berkenaan sangat besar dan tidak mustahil ia akan bercambah dari semasa ke semasa jika ia tidak dibendung segera.

Menerusi petikan video ini, Zafar mewakili pelarian Rohingya menggesa pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya selain menyediakan bantuan bagi mereka yang turut berdepan kesan PKP di Malaysia.

Beliau juga merayu supaya rakan-rakan mereka di kem pelarian di Cox’s Bazar Bangladesh turut dibantu.

Yang pasti bukan untuk menidakkan kewujudan mereka namun rakyat Malaysia sendiri terlalu ramai dihimpit kesusahan akibat pandemik Covid-19.

Orang kampung, warga emas dan peniaga kecil juga ramai yang terjejas teruk ekonomi mereka kerana pandemik Covid-19. Ramai yang hilang punca pendapatan, di buang kerja, cuti tanpa gaji, di potong gaji dan sebagainya.

Kerajaan Malaysia selama ini telah banyak memberi bantuan dari memberi suaka politik, memberi peluang pekerjaan sehinggalah tempat berteduh. Malah, di kem pelarian Cox’s Bazar juga Kerajaan dan NGO dari Malaysia bantu.

Sejak dahulu lagi Kerajaan Malaysia sangat lantang memperjuangkan serta menyuarakan masalah etnik Rohingya ini di peringkat ASEAN dan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

Justeru, dalam keadaan krisis Covid-19 ini, keutamaan kerajaan seharusnya tertumpu kepada ekonomi, kesihatan dan masalah kebajikan warganegara Malaysia. –THE MALAYA POST

*SubscribeChannel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply