Covid-19 : Angkatan Tentera Malaysia ditugaskan untuk bantu Polis Diraja Malaysia bermula Ahad ini – PM

0

Bermula daripada Ahad, 22 Mac 2020 jam 12.01 pagi, Angkatan Tentera Malaysia
akan ditugaskan untuk membantu Polis Diraja Malaysia dalam menguatkuasakan
Perintah Kawalan Pergerakan dalam membasmi penularan wabak COVID 19.

Perkara itu dinyatakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan media.

Justeru, orang ramai adalah dinasihatkan untuk mematuhi segala arahan daripada pihak
berkuasa sepertimana keperluan dalam Perintah Kawalan Pergerakan.

Tindakan tegas akan diambil terhadap orang ramai yang ingkar dan tidak mematuhi perintah
tersebut. –THE MALAYA POST.

*SubscribeChannel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply