Covid-19 : Ahmad Said dan isteri dilaporkan semakin pulih

0

Keadaan kesihatan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Said dan isteri, Toh Puan Seri Norliza Mahmud kini laporkan semakin baik dan stabil.

Menurut perkongsian anak perempuan beliau Nor Asdayana Ahmad di laman facebooknya, selera makan bapa beliau kini juga semakin baik.

Semalam menerusi perkongsian di laman Facebook rasmi Dato’ Seri Ahmad Said, memaklumkan bahawa beliau disahkan positif Covid-19 setelah menjalani ujian saringan COVID-19 di sebuah klinik swasta di Kemaman.

Beliau dan isteri Toh Puan Seri Norliza kini sedang menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ). –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/

Leave a Reply