COVID-19 : Ahmad Said dan isteri dibenarkan pulang, perlu jalani kuarantin kendiri 10 hari

0

Dato’ Seri Ahmad Said dan isteri, Toh Puan Seri Norliza Mahmud disahkan pulih daripada jangkitan COVID-19 dan dibenarkan pulang semalam setelah 11 hari menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Dalam satu perkongsian di laman Facebook, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Terengganu ini turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang mendoakan serta memberi sokongan kepada beliau dan isteri.

“Alhamdulillah. Syukur saya Kehadrat Allah SWT. dengan izinnya, saya dan isteri telah pulih daripada jangkitan virus COVID-19 dan telah dibenarkan pulang pada hari ini.

“Penghargaan dan terima kasih kepada semua yang telah mendoakan dan memberi sokongan kepada kami. Hari ini kami telah dibenarkan pulang untuk berehat dan dikuarantin selama 10 hari lagi di rumah,” ujar Ahli Dewan Undangan (ADUN) Kijal ini.

Menyifatkan warga petugas barisan hadapan di HSNZ telah memberi khidmat terbaik sepanjang menerima rawatan disini dan beliau turut mendoakan agar rantaian COVID-19 dapat diputuskan segera.

“Terima kasih yang tidak terhingga kepada warga HSNZ yang telah memberi perkhidmatan terbaik kepada kami sepanjang masa menerima rawatan.

“Marilah kita bersama-sama berdoa agar  negara kita sekarang  pulih daripada pendemik Covid 19 dengan kadar yang segera jua. Insyaa Allah. Sama-sama kita jaga SOP yang telah ditetapkan,” kata beliau.

Terdahulu, mantan Menteri Besar Terengganu ini dilaporkan positif COVID-19 setelah menjalani ujian saringan COVID-19 di sebuah klinik swasta di Kemaman setelah beberapa hari merasa kurang selera makan tanpa simptom yang lain.

Manakala isteri beliau juga membuat ujian saringan COVID-19 bersama kerana mengalami selsema juga disahkan berwabak pandemik ini pada 19 Januari yang lalu.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply