COVID-19 : 970 kes baharu, empat kematian direkodkan hari ini

0

Kes baharu positif COVID-19 menurun kepada tiga angka hari ini, dengan jumlah sebanyak 970 kes positif membabitkan 965 kes tempatan dan lima 5 kes import.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif dalam negara sebanyak 59,817 kes.

Jumlah pesakit discaj direkodkan seramai 2,348 orang dan ini menjadikan jumlah pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 46,501 kes.

Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 12,971 orang manakala 110 pesakit berada di ICU dan 47 daripadanya dilaporkan memerlukan bantuan alat pernafasan.

Dilaporkan empat kematian baharu dicatatkan pada hari ini dan menjadikan jumlah kes kematian meningkat kepada 345 kes.

Takziah buat ahli keluarga mangsa.

Anda dinasihatkan agar tidak keluar rumah jika tiada keperluan.

Terus amalkan penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka serta jaga kebersihan dan kesihatan diri. Kita boleh lakukannya!

#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

Leave a Reply