COVID-19 : 97 pulih, 67 kes baharu direkodkan

0

Perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia pada hari ini (10 Mei), menunjukkan jumlah kes baru positif adalah seramai 67 orang.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 6,656 kes.

Jumlah pesakit discaj adalah seramai 97 orang dan menjadikan jumlah kes pesakit yang telah sembuh dan discaj ialah 5,025 kes.

Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 1,523 orang manakala yang berada di ICU adalah seramai 18 orang dan 6 daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan alat pernafasan.

Sukacita dimaklumkan bahawa tiada kes kematian baharu dicatatkan pada hari ini dan menjadikan jumlah kes kematian setakat ini kekal sebanyak 108 kes.

Perkembangan terkini #COVID19Malaysia pada 10 Mei 2020.Jumlah kes positif baharu pada hari ini adalah sebanyak 67…

Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Minggu, 10 Mei 2020

KKM menasihatkan orang ramai tidak ambil kesempatan dengan kelonggaran PKPB(Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) yang diberikan. Kekalkan langkah pencegahan COVID-19 yang diamalkan sebelum ini.

#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply