COVID-19 : 935 kes baharu, tiga kematian hari ini

0

Kes baharu positif COVID-19 masih kekal peningkatan tiga angka hari ini.

Status terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan sebanyak 935 kes positif membabitkan 931 kes tempatan dan empat kes import.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif dalam negara adalah sebanyak 60,752 kes.

Jumlah pesakit discaj direkodkan seramai 2,555 orang menjadikan jumlah pesakit yang telah sembuh dan discaj ialah 49,056 kes.

Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 11,348 orang manakala 110 pesakit berada di ICU dan 45 daripadanya dilaporkan memerlukan bantuan alat pernafasan.

Dilaporkan tiga kematian baharu dicatatkan pada hari ini. Jumlah kes kematian meningkat kepada 348 kes.

Takziah buat ahli keluarga mangsa.

Anda dinasihatkan agar tidak keluar rumah jika tiada keperluan.

Terus amalkan penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka serta jaga kebersihan dan kesihatan diri. Kita boleh lakukannya!

#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

https://www.facebook.com/373560576236/posts/10157529774721237/

Leave a Reply