COVID-19 : 87 pulih, 122 kes baharu dan dua kematian

0

Dilaporkan dua kes kematian dengan jumlah keseluruhan sebanyak 105 kes dalam negara pada hari ini (3 Mei).

Jumlah keseluruhan positif COVID-19 mencecah sejumlah 6,298 kes dengan penambahan 122 kes baru dan 52 darinya adalah kes import.

Merujuk laporan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) 87 orang pesakit telah pulih hari ini dan ini menjadikan jumlah kumulatif sembuh 4,413 kes.

Manakala, pesakit yang dirawat di ICU adalah seramai 27 orang dan 13 daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan alat pernafasan.

Sehubungan itu, KKM menasihatkan orang ramai agar tidak mengambil kesempatan dengan kelonggaran Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang diberikan.

Kekalkan langkah pencegahan COVID-19 yang diamalkan sebelum ini.

Sidang Media: Perkembangan COVID-19 Di Malaysia

Sidang media oleh YBhg. Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia berkenaan perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia

Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Minggu, 03 Mei 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply