COVID-19 : 851 kes baharu, dua kematian direkodkan

0

Laporan terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 851 kes baharu COVID-19 hari ini.

847 merupakan kes tempatan dan empat membabitkan kes import menjadikan jumlah keseluruhan positif di Malaysia adalah sebanyak 68,020 kes.

Jumlah pesakit discaj direkodkan seramai 658 orang dan menjadikan jumlah pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah sejumlah 56,969 kes.

Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 10,686 orang manakala 122 pesakit berada di ICU dan 47 daripadanya dilaporkan memerlukan bantuan alat pernafasan.

Dilaporkan dua kematian baharu dicatatkan pada hari ini dan menjadikan jumlah kes kematian meningkat kepada 365 kes.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak keluar rumah jika tiada keperluan.

Terus amalkan penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka serta jaga kebersihan dan kesihatan diri. Kita boleh lakukannya!

#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara. 

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

Leave a Reply