COVID-19 : 84 pulih, 57 kes baharu dan dua kematian direkodkan

0

Ketua Pengarah Kesihatan, Dato’ Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan 57 kes baru positif COVID-19 direkodkan pada hari ini.

Penambahan kes baru ini telah menjadikan kes aktif sebanyak 1,729 kes COVID-19 daripada jumlah keseluruhan 6,002 kes.

Bilangan pesakit sembuh dan telah discaj hospital adalah 84 kes menjadikan jumlah keseluruhan telah sembuh dan discaj adalah 4,171 pesakit.

Pesakit yang dirawat di ICU 36 orang dan 14 darinya masih menggunakan bantuan alat pernafasan.

Keseluruhan kematian dalam negara setakat ini adalah 102 orang dengan penambahan dua kes kematian melibatkan warganegara Malaysia.

Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Kamis, 30 April 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply