COVID-19 : 835 kes baharu, dua kematian direkodkan

0

Sebanyak 835 kes baharu positif COVID-19 (kes tempatan 830, kes import 5) direkodkan hari ini (27 Oktober) .

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 28,640 kes.

Jumlah pesakit discaj adalah 674 orang dan ini menjadikan jumlah kes pesakit yang telah sembuh dan discaj ialah 18,499 kes.

Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 9,903 orang, 89 pesakit berada di ICU dan 32 daripadanya dilaporkan memerlukan bantuan alat pernafasan.

Dalam pada itu, dukacita dimaklumkan dua kematian baharu dicatatkan pada hari ini dan menjadikan jumlah kes kematian meningkat kepada 238 kes.

Salam takziah buat ahli keluarga mangsa.

#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply