COVID-19 : 834 kes baharu, dua kematian direkodkan

0

Sebanyak 834 kes baharu positif COVID-19 direkodkan hari ini melibatkan 831 kes tempatan dan tiga kes import.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 33,339 kes.

Jumlah pesakit discaj adalah 900 orang yang menjadikan jumlah kes pesakit yang telah sembuh dan discaj adalah seramai 23,120 kes.

Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif sejumlah 9,968 orang manakala 91 pesakit berada di ICU dan 32 daripadanya dilaporkan memerlukan bantuan alat pernafasan.

Dilaporkan dua kematian baharu dicatatkan pada hari ini dan menjadikan jumlah kes kematian meningkat kepada 251 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Nor Hisham Abdullah dalam pada itu menasihatkan orang ramai agar sentiasa menjaga penjarakan sosial dan mengelak dari bersentuhan antara satu sama lain.

Ini adalah salah satu usaha untuk mengekang seterusnya memutuskan rantaian COVID-19.

#StayAtHome

#BreaktheChain

#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply