COVID-19 : 823 kes baharu direkodkan hari ini

0

823 kes baharu positif COVID-19 membabitkan kes tempatan direkodkan hari ini (25 Oktober).

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 26,565 kes.

Jumlah pesakit discaj adalah 579 orang dan ini menjadikan jumlah kes pesakit yang telah sembuh dan discaj ialah 17,134 kes.

Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 9,202 orang manakala 99 orang berada di ICU dan 30 pesakit dilaporkan memerlukan bantuan alat pernafasan.

Dalam pada itu, dukacita dimaklumkan lapan kematian baharu dicatatkan pada hari ini dan menjadikan jumlah kes kematian meningkat kepada 229 kes.

Salam takziah buat ahli keluarga mangsa.

#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply