COVID-19 : 78 kes baharu, 63 pulih dan satu kematian direkodkan

0

Jumlah kes aktif COVID-19 di Malaysia hari ini adalah sebanyak 1,163 termasuk dengan penambahan 78 kes baharu.

Daripada 78 kes, 25 adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara manakala 53 kes adalah penularan tempatan di mana 40 darinya adalah bukan warganegara Malaysia.

Daripada 40 kes bukan warganegara Malaysia, 25 kes dikesan di Depot Tahanan Imigresen (DTO), Bukit Jalil.

Perkembangan lain, bilangan pesakit sembuh dan telah discaj daripada hospital adalah seramai 63 orang dengan jumlah keseluruhannya sebanyak 5,859 kes.

Manakala, sembilan pesakit masih dirawat di ICU dan lima darinya diberi rawatan bantuan alat pernafasan.

Jumlah kes kematian hari ini adalah sebanyak 115 kes dengan penambahan satu kematian kematian kelmarin pada jam 2.58 petang melibatkan lelaki warganegara Malaysia.

Terkini #covid19malaysia, 22 MeiKes sembuh = 63Jumlah kes sembuh = 5,859Kes baharu positif = 78Jumlah positif =…

Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Jumat, 22 Mei 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply