COVID-19 : 76 pulih, 21 kes baharu

0

Perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia pada hari ini menunjukkan pertambahan 21 kes baharu melibatkan dua kes import dan 19 kes tempatan.

Bagi kes tempatan, tujuh kes bukan warganegara dan 12 kes melibatkan warganegara Malaysia.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 8,556 kes.

Jumlah pesakit discaj adalah seramai 76 orang dan menjadikan jumlah kes pesakit yang telah sembuh dan discaj ialah 8,146 kes.

Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 289 orang manakala yang berada di ICU adalah seramai tiga orang dan dilaporkan tiada individu yang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Sukacita dimaklumkan, tiada kes kematian baharu dicatatkan pada hari ini dan menjadikan jumlah kes kematian setakat ini kekal dengan 121 kes.

Meskipun Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah berakhir dan digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), orang ramai haruslah mengekalkan langkah pencegahan COVID-19 sepertimana yang diamalkan sebelum ini.

#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply