COVID-19 : 74 pulih, 39 kes baharu direkodkan

0

Perkembangan terkini COVID19 di Malaysia menunjukkan jumlah kes baru positif pada hari ini adalah seramai 39 orang.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 6,467 kes.

Jumlah pesakit discaj adalah seramai 74 orang dan menjadikan jumlah kes pesakit yang telah sembuh dan discaj ialah 4,776 kes.

Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 1,584 orang manakala yang berada di ICU adalah seramai 19 orang dan 8 daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan alat pernafasan.

Sukacita dimaklumkan bahawa tiada kes kematian baharu dicatatkan pada hari ini dan menjadikan jumlah kes kematian setakat ini kekal sebanyak 107 kes.

Perkembangan terkini #COVID19Malaysia pada 07 Mei 2020.Jumlah kes positif baharu pada hari ini adalah sebanyak 39…

Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Kamis, 07 Mei 2020

#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply