COVID-19 : 70 pulih, enam kes baharu direkodkan hari ini

0

Sidang media oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dato’ Dr Noor Hisham Abdullah berkenaan perkembangan terkini COVID-19 hari ini melaporkan sebanyak enam kes positif baharu direkodkan.

Daripada jumlah tersebut, dua melibatkan kes import dan empat lagi kes penularan tempatan.

Pesakit yang telah sembuh dan discaj dari hospital hari ini seramai 70 orang dan jumlah kematian kekal dengan 121 kes.

Keseluruhannya, jumlah COVID-19 yang masih aktif setakat ini ialah sebanyak 344 kes dan tiga pesakit dalam wad ICU.

Dengan ini, kes COVID-19 di Malaysia menunjukkan trend penurunan yang semakin baik.

Terkini #covid19malaysia, 19 JunKes sembuh = 70Jumlah kes sembuh = 8,070Kes baharu positif = 6(Import = 2Kes…

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Friday, 19 June 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply