COVID-19 : 66 pulih, 20 kes baharu direkodkan

0

Perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia, direkodkan 20 kes positif pada hari ini (3 Jun).

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 7,877 kes.

Jumlah pesakit discaj adalah seramai 66 orang dan menjadikan jumlah kes pesakit yang telah sembuh dan discaj ialah 6, 470 kes.

Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 1, 292 orang manakala yang berada di ICU adalah seramai enam orang dan daripada jumlah terbabit dua pesakit memerlukan bantuan alat pernafasan.

Sukacita dimaklumkan bahawa tiada kes kematian baharu dicatatkan pada hari ini dan menjadikan jumlah kes kematian setakat ini kekal kepada 115 kes.

Sidang Media: Perkembangan COVID-19 Di Malaysia

Sidang media oleh YBhg. Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia berkenaan perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Wednesday, 3 June 2020

KKM menasihatkan orang ramai tidak ambil kesempatan dengan kelonggaran PKPB(Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) yang diberikan. Kekalkan langkah pencegahan COVID-19 yang diamalkan sebelum ini.

#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply